Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

Apa Makna IHSAN kepada IBU BAPA

Oleh: Ustaz Tajul Arifin bin Che Zakaria (dipetik dari http://abuamru1208.blogspot.com)

Assalamualaikum wrt. wbt.

Mutaakhir ini timbul beberapa kekeliruan terhadap perkara yang dulunya mudah, tetapi kini menjadi sukar difahami. Bukan kerana hakikat itu telah berubah, namun ia diolah oleh mereka yang berkepentingan. Disebabkan terdesak untuk memahamkan orang tentang kaitan peristiwa atau isu yang telah berlaku, maka hakikat tersebut terpaksalah diterangkan dan diolah selari dengan kepentingan berkenaan. Jangan tertipu dengan apa yang diperkatakan, mari kita kembali kepada nas asal yang memperkatakan tentang itu.

Apa makna IHSAN kepada ibubapa?

1. Merujuk kepada ayat 23-24 dari Surah al-Isra’ Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik (ihsan) kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan “ah”** dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah..”Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecilku.”

** mengucapkan kata “ah” kepada orang tua tidak dibolehkan, apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Di dalam ayat di atas ada 10 permasalahan:

1. Qadho - ialah suruhan wajib untuk menyembah Allah swt iaitu Allah Ta’ala telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya.

2. Allah swt memerintahkan agar manusia menyembahNya dan mentauhidkanNya disertakan dengan berbuat ihsan kepada kedua ibubapa, sama seperti bersyukur kepada Allah swt. disertakan dengan berterimakasih kepada kedua ibubapa. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abdullah ra, katanya: “Aku bertanya Nabi saw apakah amal yang paling disukai oleh Allah?” Nabi menjawab: “Solat dalam waktunya.” Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?”. Nabi saw menjawab: “Kemudian berlaku ihsan kepada kedua ibubapa.” Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?” Nabi saw menjawab: “Berjihad fi sabilillah.”

Lihatlah betapa pentingnya ihsan kepada kedua ibubapa sehingga Nabi saw menjadikan ‘birrul walidaini’ -berbuat baik kepada ibubapa- seafdhal2 amal selepas solat yang merupakan tiang agama yang terpenting.

3. Di antara makna ‘birrul walidaini’ dan ‘ihsan’ kepada kedua ibubapa ialah bahawa jangan seseorang itu menderhaka kepada kedua2nya kerana ia termasuk daripada dosa-dosa besar (kabaair) tanpa khilaf. Perkara ini ditegaskan oleh sunnah thabitah. Di dalam sahih Muslim daripada Abdullah ibn Amru bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya dikira daripada kabaair itu berkata kesat (memaki) seorang lelaki terhadap kedua ibubapanya. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah saw adakah orang yang akan berbuat demikian kepada ibubapanya?” Rasulullah saw menjawab: “Ya, boleh berlaku bila seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat kepada bapa orang lain, lalu orang tadi membalas dengan memaki ibu dan bapanya.”

4. Termasuk derhaka kepada ibubapa ialah menyalahi kehendak kedua-duanya dalam perkara yang diharuskan oleh syara’, sama halnya ‘birrul walidaini’ bermakna membuat sesuatu yang disukai oleh kedua-duanya. Berdasarkan kenyataan di atas apabila kedua-dua ibubapa menyuruh sesuatu perkara kepada anaknya, maka menjadi kewajipan ke atas anak itu mentaatinya selagimana suruhan itu dalam perkara yang bukan maksiat.

5. Imam Tarmizi meriwayatkan daripada ibnu Umar ra katanya: “Saya ada seorang isteri yang saya amat kasih, tetapi ayah saya membencinya dan menyuruh aku menceraikannya, lalu aku enggan. Aku mengadu kepada Rasulullah saw, lalu baginda saw bersabda: ” Wahai Abdullah ibnu Umar! Ceraikan isterimu itu.” (Hadith Hasan lagi Sahih).

6. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi saw menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”

Dalam hadith ini menunjukkan kasih kepada ibu 3 kali ganda melebihi kasih kepada bapa kerana Nabi saw menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat.

7. Tidak dikhususkan ‘birrul walidaini’ hanya kepada ibubapa yang muslim sahaja, bahkan wajib berbuat baik kepada kedua-duanya sekalipun mereka kafir.

8. Termasuk yang dimaksudkan ‘ihsan’ kepada kedua-dua ibubapa ialah apabila tidak sampai ke tahap jihad menjadi fardhu ain, ia mestilah mendapat keizinan daripada ibubapa untuk keluar berjihad; tidak boleh keluar berjihad kalau ibubapa tidak memberi izin. Ini berdasarkan hadith yang sahih yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar ra katanya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw meminta izin untuk berjihad, maka Nabi saw bertanya: “Adakah kedua ibubapamu masih hidup?” Dia menjawab masih hidup, lalu Nabi saw bersabda: “Maka untuk kedua-dua ibubapamu hendaklah kamu berjihad.” (Riwayat Muslim).

Di dalam riwayat yang lain lelaki tadi menjawab: “Ya, masih hidup dan aku meninggalkannya dalam keadaan kedua-duanya menangis. Nabi saw bersabda: “Pergi kamu, maka usahakan supaya kedua-duanya ketawa sebagaimana kamu telah membuat kedua-duanya menangis.”

Dalam riwayat yang lain lagi…. Nabi saw bersabda: “Tidur kamu bersama kedua ibubapa kamu di atas tilamnya lalu kamu berusaha menjadikan kedua-duanya ketawa dan kamu pula bergurau senda dengan mereka lebih afdhal daripada kamu berjihad bersama aku.”

9. Ulama’ berselisih adakah apabila ibubapa musyrik diperlukan keizinan daripada kedua-duanya untuk berjihad (jihad kifayah)?

Imam Thauri berpendapat perlu, tetapi Imam Syafei berpendapat tidak perlu.

10. Sebagai penyempurna dalam ‘birrul walidaini’ ialah menghubungkan silaturrahim dengan mereka yang pernah bersahabat dengan ibubapa…

Semoga bermanfaat untuk direnung oleh anak-anak yang beribu dan berbapakan da’ie -para pendakwah- di jalan Allah swt. Jangan lupa hukum dalam melakukan dakwah dan jihad, nanti antum juga yang menyesal suatu hari nanti. Ingatlah kisah ‘Alqamah yang tidak mampu mengucap syahadah dek kerana dia melebihkan si isterinya daripada ibu sendiri. Ibunya memendam rasa di hati, namun tidak diluahkan… Bagaimana ibu-ibu dan bapa-bapa yang kini berada dalam bahtera dakwah yang diketahui kebaikannya tiba-tiba anak sendiri yang mengherdik dan merendahkannya; bukankah itu menderhaka namanya??? Fikir-fikirkanlah di atas iman dan amal kata sahabat kita dari Jamaah Tabligh….

Sila rujuk - al-Jaami’ Li Ahkaamil Quran oleh Imam al-Qurthubi, jilid ke5, m/s 155-157, cetakan ke6 tahun 1996 Darul Kutub al-Ilmiyah.

-rujukan dari laman web majlis syura muslimun- http://msmonline.net/v1/?p=911

Sunday, August 15, 2010

Apakah Allah Terima Taubatku..??

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap dosa pasti akan mendapat balasan...tetapi samada balasan itu cepat atau lambat ...di dunia mahupun diakhirat...dan kita sbgai insan yg tidak sempurna psti tak akn lari dari melakukan dosa..

Sabda rasulullah s.a.w
"Dosa itu yang menyebabkan resah dalam jiwamu."

Ada dosa yang menyebabkan rezeki tertahan, walaupun sudah disediakan untuk kita.. Dari segi bahasa, dosa itu menyiratkan akibat atau balasan. Dari 17 kata untuk menyebut dosa dalam Al-Quran, empat diambil sebagai contoh..

Dzanb = (disebut 35 kali) beerti kesalahan kita
Ithm = (disebut 48 kali) bermakna kealpaan atau tidak mendapat pahala
Sayyi'ah = (disebut 165 kali) beerti perbuatan buruk yang menyebabkan kesedihan
Rijs = (disebut 10 kali) bermaksud kotor, baik jasmani mahupun rohani

Oleh itu, apapun jenis dosa akan berakibat buruk pada kehidupan kita
Namun, hati orang yang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras dan kerananya payah utk ditembusi cahaya kebenaran...

Keadaan yg brlaku hari ini, hakikatnya adalah drp 'buah' yg kita lakukan semalam. Bila hati resah, hidup mula terasa hilang keberkatan...usahlah dicari puncanya jauh2, itu pentandanya hati kita penuh dengan dosa pada Allah dan manusia....
Apabila sahaja berdosa daan merasa berdosa, katakanlah pda diri..


" Wahai diri...ketika rasa bersalah singgah di dlm hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah peringatan yg Allah bekalkan secara tabii utk menjaga fitrah insani. Itu petanda hatimu masih hidup. Selagi ada rasa brsalah, selagi itulah ada peringatan utk kembali pada Allah. Jganlah engkau putus asa dengan taubat yg patah...,kerana kasih syang Allah menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya"


Orang yg bertaubat, Allah akan menggantikan seluruh keburukannya dengan kebaikan. Sebagaimana firmanNya yg brmksud : "..kecuali org yg bertaubat dn beramal soleh, maka mereka akn Allah gantikan keburukannya dgn kebaikan."


Kamu lakukan dosa kerana kejahilan, lalu segera bertaubat...

Firman Allah, maksudnya : "Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dgn adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." [Surah An-Nisa' 4 :17 ]


Kamu lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri...

Firmn Allah maksudnya : "Dan mana-mana dua org diantara kamu melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendaklah kamu menyakiti keduanya ; kemudian jika mereka bertaubat , dan memperbaiki keadaan diri mereka (yg buruk), maka biarkanlah mereka ; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Maha Menerima Taubat, lagi Maha Luas rahmat-Nya." [Surah An-Nisa' 4 :16 ]


DIA memaafkan kesalahan yg kamu lakukan...

Firman Allah: maksudnya : "Dan Dialah Tuhan yg menerima taubat daripada hamba-hambaNya(yg bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) ; dan Ia mengetahui apa yg kamu kerjakan." [Surah al-Syura 42: 25]

DIA memaafkan kesalahan sesiapa sahaja yg dikehendaki-NYA...

Firman Allah, maksudnya : "Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yg beriman itu, dan Allah akn menerima taubat orang yg dikehendaki-Nya ; dan ingatlah Allah MahaMengetahui lagi Maha Bijaksana." [Surah At-Taubah 9:15]

***

Maka shabatku.., mungkin satu kali itu kita pernah melakukan dosa...dan terus melakukan dosa itu kembali atas kealpaan dan kejahilan kita sebagai hmbaNya yg lemah...janganlah kita merasa putus asa dengan rahmat kasih sayangNya...,janganlah kita lari atas rasa kejahilan dan malu padaNya...,tiada dosa yg dapat kita rahsiakan dari pengetahuan dan penglihatannya....maka sujudlah memohon keampunan dengan penuh rasa tawaduk, rendah diri dan penyesalan. Tangisilah dosa yg dilakukan dan mohonlah kebaikan dariNya. Sesungguhnya, pintu keampunan dari Allah begitu terbuka luas untuk hamba-hambaNya....

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Az-Zumar 39 : 53 ]


Ramadhan ini, pintu taubat dibuka seluas-luas buat hamba-hambaNya.. Marilah sama2 kita rebut peluang keampunan dibawah naungan rahmat kasih sayangNya.. ..

rujukan : majalah solusi isu no 3 ; Impak Dosa

slm syang...nisa =)


Monday, August 9, 2010

RAMADHAN-MEMBINA TAMAN TAQWA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam rindu dan sayang buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda...salam kasih juga buat seluruh alam dan makhlukNya.... =)


Dia datang dan pergi...dan kini dia kembali...membawa rahmat dan berkat..

Ya Tuhan...rindunya aku pada dirinya..

menitis air mata ini tatkala dia mula menjelma...

kerna sudah lama aku menanti kahadirannya...

bersyukurnya aku pada Allah aku dapat bertemunya kembali...ku nantikan saat-saat melaluinya buat sekalian kali...kekasih yg ditunggu-tunggu..

moga pertemuan kali ini lebih baik dari dahulu...


Imam Ahmad dan al‐Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih
daripada Abu Hurairah r.a. beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :


“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah
SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan
semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia
sangat rugi.”


Sesungguhnya ia adalah kekasih yang ditunggu‐tunggu dan Rasulullah s.a.w. telah
menyambut kedatangannya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud :


“Telah datang kepada kamu Ramadhan yang menjadi penghulu segala bulan.
Selamat datang diucapkan.”

Beginilah cara Rasulullah s.a.w. menyampaikan berita gembira kepada sahabatnya. Oleh itu, aku juga mahu menyampaikan perkara dan cara yang sama kpd kalian semua....

Hati merasa rindu dengan kehadiran kekasih yang lama menghilangkan diri dan tiada
kegembiraan yang lebih daripada itu..


...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...


mari membina taman-taman taqwa...lebih manis jika kalian klik link di bawah untuk lebih mengenali kekasihku...dan yang pasti kekasih kalian juga...hihi =)

Ramadhan TAMAN TAQWA.pdf-panduan

salam sayang....

nisa.. =)