Wednesday, May 26, 2010

~ Khalimah Thayyibah ~

"Kak ngah, Islam setengah-setengah tu mcm mana yer?" kak chik bertanya..
Pelik juga kerana tiba-tiba ditanya soalan begini... Namun hati ku tetap gembira krn alhamdulillah akhirnya pintu hati keluargaku mula terbuka untuk mengetahui serba sdkt tentang keindahan Islam itu sendiri...

InsyaAllah, dlm post kali ini akan diberitahu serba sdkt tntng apa itu Islam sebenarnya... Mungkin ramai org tertanya-tanya makna kalimah thayyibah itu sendiri dan perbezaannya dengan kalimah khabitsah...

Kalimah thayyibah ialah satu kenyataan kebenaran bahawa Pemilik dan penguasa seluruh alam semesta ini adalah Allah yang Maha Esa... Maka, bila anda mengatakan : "Di dunia ini tidak ada sesuatu atau seseorang pun yang memiliki dan melaksanakan kekuasaan tertinggi selain Allah Yang Esa", maka seluruh yang ada di bumi dan langit akan menyahut: - "Engkau telah menyatakan kebenaran abadi. Kami semua menjadi saksi atas pernyataan itu".. Bila anda bersujud di hadapanNya, seluruh yang ada di bumi ini akan turut sujud bersama anda.. (@_@)

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yg buruk seperti pohon yg buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat (tegak) sedikit pun. Allah meneguhkan (iman) org2 yg beriman dengan ucapan yg teguh itu dalam kehidupan di dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yg zalim dan memperbuat apa yang dia kehendaki". (14:24-27)

Bayangkan jika kita berpegang pada khalimah thayyibah, sudah tentu kita dapat menghasilkan buah-buah yang manis, akar yang mencengkam bumi dan tidak akan jatuh walaupun ditiup angin kencang.. Bayangkan pula jika kita berpegang pada khalimah khabitsah (berlawanan erti dgn khalimah thayyibah), sudah tentu kita akhirnya akan menghasilkan buah yg busuk, berulat, berwarna kusam, akar yg langsung tidak kuat dan akan tumbang walaupun baru ditiup angin perlahan...

Renung2 kan lah wahai sahabat... Mungkin kita tidak sedar bahawa kita menjadi mangsa penghambaan kepada nafsu sendiri atau manusia lain... Bagaimana Islam itu akan bangun tanpa ciri-ciri Islam sejati itu dalam diri? Mungkin ada sesetengah dari kita ada mengatakan bahawa,

" x per... sok lusa aku bertaubat laa... buat salah sikit jer, x kan Allah marah kowt... Budget alim konon... Kami tahu laa mn yg baik dan buruk... x yah nk tunjuk2 depan kami..."

Inilah yg dinamakan Islam setengah-setengah apabila mulut sahaja mengatakan diri itu Islam dan Tuhan mereka Allah Yang Esa, tetapi setiap langkah, detik, fikiran, perbuatan, niat tidak berpandukan pada Allah.. Mungkin tanpa kita sedari bahawa diri kita sedang menuju sedikit2 ke arah kemunafikan...

Ciri2 manusia yg menjadi hamba kemunafikan :
1. Menjadi hamba kepada nafsu sendiri
2. Menjadi hamba kepada amalan adat dan nenek moyang
3. Menjadi hamba kepada manusia

InsyaAllah jika kita fhm erti berpegang teguh dengan khalimah thayyibah itu dan berusaha sedaya upaya menjadi Muslim sejati, tentu sahaja Allah swt akan menyayangi dan memberi rahmat kepada kita...

~salam sayang~

(@_@)


Monday, May 24, 2010

...KAMI...

Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Demi Tuhan yang memegang nyawa dan ajalku..

Salam sayang dan rindu buat Rasululllah, para Sahabat, dan keluarga Baginda.
Salam sejahtera buat seluruh makhluk dan alam ciptaanNya

Hmm....agaknya dah sekian lama x menyentuh papan kekunci menaip, menulis, meluahkan apa yg terbuku di fikiran mahupun hati buat tatapan kamu semua. Pada mulanya...terasa lemah untuk meneruskan apa yang ada.....kerana diri ini jenis x suka menulis..tpi suka membaca...,[huhu...maaflah ye..]

Apapun, alhamdulillah, trima ksih buat sahabat2 seperjuangan ku untuk bersama-sama berada dalam satu barisan mneruskan perjuangan dan perjalanan dakwah, pembentukan iman dan islam yang masih jauh ini. Sama-sama memperbaiki diri, dan mengajak kamu juga untuk bersama kami...insyaAllah...

Let it be a good beginning...



Assalamualaikum...

ukhti-ukhtiku, apa khabar di rumah? masih kuat bermujahadah? teruskan ye! jangan leka dengan panggilan2 jahiliyah. memang, sangat sukar kita nak kawal diri, nak jaga hati supaya tak kotor...tapi itulah perjuangan kita buat masa ni. Remember, we've got each other to keep us strong. Even better, we always have Allah. Dia sangat dekat dengan kita. sangat2 dekat. In times of difficulty, bila sangat terasa diri ni diuji, just return to Him...

'Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah pada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.' 7:200

'Sesungguhnya, orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, (maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya).' 7:201

ok? so, let's keep on fighting!

oh oh. nak tambah sket lg. ni aim kita untuk cuti ni dan hari-hari yang mendatang. Sama-sama muhasabah diri...lengkapkan mana yang kurang, upgrade-kn sifat-sifat yang dah berjaya dipupuk.



Sifat-sifat yang perlu ada pada diri daie ialah:


1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang betul
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Mampu melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain

sumber: http://bicaraiman.blogspot.com/2008/07/10-muwasafat-tarbiyah.html, 24 Mei 2010


salam sayangggg,
liyana a.k.a. kak long
XD