Thursday, July 29, 2010

puding roti kasih sayang...^_^

salam adik2 n akak2 yg disayangi fillah...

harini zyma nak berkongsi resepi puding roti yg sll kak yana bawak mase usrah!!haa...nisa mintak zyma letak gambar tp malang sekali haritu x sempat posing2 dgn hasil kerja da kene kelam kabut nak kejar tren...tp ni yg zyma sempat snap...hee~





puding roti ni kalau masak dgn penuh kasih sayang laaaaaaaaaaaaaaaaaaagi sedap...sebab tu namenye puding roti kasih sayang...^_^...hihi
ok2...
bahan2 yg diperlukan ialah:

-susu full cream yg kotak besar tu sekotak
-telur 6 bijik
-esen vanila secukup rase...(haritu kitorg letak sampai wangi)
-gula 6 sudu
-kismis
-buah2 lain sbg aksesori

caranya:
1- kacau gula dan telur..(pecahkan dan basuh dulu telur tu ye...=P)
2- pd mase yg sama, panaskan susu hingga berasap
3- bila susu dah panas, masukkan telur and gula tadi...kacau ye...
4- kacau3, bila rasa mcm da berat, masukkan esen vanila..kacau lagi sehingga teksturnya pekar lagi berat...
5- ok, lepas tu, susun roti yg dah dikerat2 dlm loyang...tuang susu,telur n gula yg dimasak tadi...tuang sampai la tenggelam...
6- sekarang letak la kismis dan aksesori2 lain tu...
7-masukkan dlm oven, set utk 60 degree celcius dlm 30 minit...tp bg yg pakai alat bakar tradisional mcm kitorg haritu, kene tgk once in a while la da masak ke belum...=p

ok utk kuah dia plak...(kuah ke?)
susu sejat tu kan, masukkan tepung kastard sket je utk memekatkan susu tu sikit...

da sejuk sket masuk la peti ais kot...kemudian, sedia utk dihidang!!!
selamat mencuba!!!^_^







Monday, July 19, 2010

Pilihan??

Di saat hati farah keliru, Allah lah peneman segala urusanku.. Ya Allah, Engkau berilah keputusan yg terbaik dlm pemilihanku..

Aku merindui saat2 aku berjuang bersama saudara2 ku.. berhempas pulas memastikan amanah yg Kau berikan ini terlaksana.. menyampaikan tanpa berhenti.. bergerak tanpa mengenal erti penat dan lelah.. Daku merindui saat2 dpt merasai btp indahnya Islam n manisnya nilai Iman itu sndri.. Ya Rabbi, berilah kekuatan kpdku serta shbt2 ku..

Kalau hakikat ketenangan dlm beribadat itu blm kta rasakan, ini bermakna kta blm dpt merasai nikmat Iman yg Allah berikan itu.. Ya Allah, pulangkan perasaan itu kpdku.. Aku amat merinduiMu.. Aku amat mencintaiMu..

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Rabbmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu (di dunia) sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya (di akhirat nanti)” (Huud:3).

“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu (dalam Al Qur-an) pelajaran dari Rabbmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Yunus:57).

HambaMu yg lemah ini terus-terusan meminta bantuan dariMu.. hatiku ini lemah.. hatiku ini perlukan penyokong drMu.. turunkanlah malaikat2Mu dlm mengajar erti kesabaran dan keikhlasan kepadaku..

“Allah tidak menghendaki untuk menjadikan kesempitan bagi kamu” (Al Maaidah:6).

“…Kebahagian (dan kemanisan iman) ini, meskipun pada mulanya tidak lepas dari berbagai macam kesusahan, penderitaan dan perkara-perkara yang tidak disenangi, (tapi pada akhirnya nanti) akan membawanya kepada taman-taman yang indah, tempat yang penuh kebahagiaan dan kedudukan yang mulia…” (Imam Ibnul Qayyim)

Ya Allah, bantulah aku dlm pemilihan ku.. berilah aku ketetapan yg terbaek.. Ameen..

-farah-

Thursday, July 15, 2010

BELAJAR daripada ALAM

Ketika menunggu saat tibanya van di Langkawi, terdetik di hati utk menceritakan kepada Along (Liyana) berkaitan keajaiban di sebalik ciptaan Allah swt nie.. Perbualan km terhenti apabila perjalanan mula membawa kami ke Jeti Kuah, Langkawi..

Di sekolah alam inilah manusia hrs belajar setiap masa selaras dgn kata pujangga,”Tuntutlah ilmu dari buaian (bayi) hingga ke liang lahad (mati).. Oleh sebab itu, org yg berhenti belajar diibaratkan spt org yg tlh mati jiwanya.. x perlu belajar jauh2.. belajar daripada alam ini sudah mencukupi sbg tanda cinta kita pada Allah Yang Maha Esa.. Sayangnya, ramai dalam klgn kita yg gagal belajar drpd alam.. Betapa ramai manusia hanya melihat nikmat, tetapi lupa Pemberi nikmat (Allah).. ramai yg memuji alam ttp tidak memuji Penciptanya.. Benarlah kalau dikatakan Allah itu sngt dekat, ttp terasa jauh kerana manusialah yg sering menjauh!

“Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka jahanam kebanyakan drpd jin dan manusia yg mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihatdengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yg lalai.” (7:179)

Pandangan manusia terhadap alam ini terbahagi kepada 4:

a) Pandangan zahir semata-mata

Golongan ini terlindung utk melihat sesuatu yg lebih hakiki.. Bukanlah kerana alam ini tidak cukup hebat tetapi akal dan hati merekalah yg buta utk melihatnya.. Apa yg mngkn dpt diucapkan hanyalah ucapan spt perkataan, ”Wah! Cantiknya air terjun tu!” (teringat saat2 bersama rakan2 di air terjun Telaga Tujuh, Langkawi).. Mereka tidak mampu menyelami sesuatu yg lebih tersirat dan mereka diumpamakan spt kelawar yg tidak dpt melihat pada siang hari..

b) Pandangan nafsu

Golongan ini melihat alam dengan penuh kegelojohan dan keserakahan hawa nafsu.. Mereka berniat utk mengubah alam ini menjadi sesuatu yg akhirnya akan menguntungkan diri sendiri sahaja.. Akal mereka sempit utk menyelami maksud yg tersirat di sebalik ciptaan Allah ini.. Dan ini memberi kesan yg buruk bukan sahaja pada alam tetapi kepada manusia sendiri.. Mereka ini seolah-olah berpegang pd prnsp ”dunia ini ana yg empunya!”.. Apabila hukum Allah ini dilanggar, maka berlakulah seperti yg ditegaskan Allah yg bermaksud :

”Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dgn sebab apa yg telah dilakukan oleh tgn manusia. (Timbulnya yg demikian) krn Allah hndk merasakan mereka sebahagian drpd balasan perbuatan-perbuatan buruk yg mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (30:41)

c) Pandangan akal

Jika alam ini dilihat melalui akal, maka banyaklah ilmu yg dpt diperolehi disebalik ciptaanNya.. Hasilnya muncullah ilmu matematik, fisiologi, anatomi, astronomi, biologi, fizik, kimia n len2 lg.. Melihat dgn pandangan akal inilah munculnya ilmu akliah.. Walaupun pd mulanya para malaikat seolah-olah ”bimbang” dgn keputusan Allah utk menjadikan manusia sbg khalifah di muka bumi ini, tetapi akhirnya malaikat akur apabila manusia dapat mengetahui nama2 benda yg diajar oleh Allah (2:31).. Dgn kelebihan itu, manusia menjadi makhluk yg plng arif tntng sunatullah, sekali gus menjadikan manusia sbg pengatur dan pengurus alam ini..

d) Pandangan mata hati

Pandangan menerusi mata hati inilah yg disebut dlm Al-Quran sbg hati yg ”berada di dalam dada”.. Maksud firman Allah swt:

”Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yg dgn itu mereka dpt memahami atau mempunyai telinga yg dgn itu mereka dpt mndengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yg buta, ttp yg buta ialah hati yg ada di dalam dada”.. (22:46)

Melihat alam dgn pandangan mata ketiga akan sering menyoal scr dasar, ”Kenapa alam ini ada? Mengapa ia dicptakan? Siapakah penciptanya? Apakah tujuan Dia menciptakan semua itu?”

”Mereka yg sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring serta berfikir tntng kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : ’Wahai Tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda2 ini dgn sia2, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami drpd azab neraka..” (3:191)

Wahai saudara2ku, marilah kita renungi diri sendiri dan berfikir sejenak.. Tanpa disedari mngkn kita berada dalam golongan yg tdk diingini.. Lihatlah alam ini dgn mata hati terbuka krn sesungguhnya terlalu bnyk maksud yg tersirat di sebalik ciptaan Allah ini.. Mari sama2 kita mengejar syurga yg dijanjikan Allah swt!! Ameen..

- Farah Fadilah (kak ngah) -

Sunday, July 11, 2010

Alhamdulillah..G2S III- Pulau Tuba, Langkawi..

Bismillahhirrahmanirrahim..

Syukur pada Allah....


Berakhir sudah misi team Guidance To Success(g2s) dlm melaksanakan kem motivasi g2s 3 pelajar PMR dan SPM di Pulau Tuba, Langkawi dri 8-10 july 2010. Terlalu banyak pengalaman, cerita dn memori manis yg terpahat di hati..dan yg pasti x akan dpt dilupakan oleh semua org yg terlibat kali ini..TAHNIAH SEMUA KAWAN-KAWAN G2S ku..!! =D..
Begitu bersemangat berkobar2 mahu berkongsi cerita kepada semua org...harap dpt dijadikan satu pengkongsian pengalaman yg SANGAT menarik dgn semua... Pertama sekali..ingin mengucapkan tahniah kepada Syahmi Suriani, selaku projek manager..dan Farah Fadilah, Kak Ngah(vice PM), yg paling banyak bertungkus lumus dlm jayakan projek kali nie,...tak lupa juga Amin Rox sebagai kabel besaq yg telah mencadangkn SMK Langkawi, disebuah pulau terpencil, Pulau Tuba sebagai sasaran sekolah kali nie... =) Masih segar bugar perjalanan kisah kali ini di ingatan...Ingin dikongsikan serba sedikit pengalaman yg sgt menarik pada kali ini..


SEM 3 -2009..di surau KMB

postmortem kem g2s II, waktu itu izzat rodzi..selaku PM. Semua org telah bersetuju untuk teruskan team g2s III..tetapi pada waktu itu...di'hold'kan dahulu..memandangkan mahu tumpukan kepada exam IB.. dan Syahmi telah dilantik menjadi PM G2S III.

Lepas IB...
semua org bosan kt rumah...isu G2S III mula dibangkitkan kembali... mula bersemangat yang berkobar2 utk berbakti pada agama, bangsa dan negara [hebat..haha]... =D
menariknya kali ni...meeting dibuat secara online...memandangkan x dapat berjumpa dgn suma org... pembahagian ajk mula dibuat, ajk CAS dibubarkan (huhu3)... dan penambahan ahli2 baru yg jngin join memandangkan ad yg terpaksa tarik diri...

Antara ahli g2s 3 kali ni...
-Syahmi
-Amin Rox
-Akmal Hayat
-Syamil Billy
-Syamil Tinggi
-Asyraf Zulazni(Skod)
-Kamal Syazani (K.S)
-Izzat Rodzi
-Acap Panjang(asraf)
-Zahid zabedi

-Farah Fadilah(Farah)
-Khairunnisa(Nisa)
-Liyana Mustafa
-Zaimah Amri
-Hakimah Mustafa
-Ain zakaria
-Suhaila(Chu Ai)
-Atikah Noor (Atik)
-Atikah Badri

SMK Langkawi, Pulau Tuba, telah menjadi pilihan....bukan niat dihati mahu melancong..tetapi ada misi yg lebih besar perlu dilaksanakan. =)


7 Julai 2010..

- walaupun hanya sehari baru keluar result IB...semua org masih bersemangat...niat dan tujuan masih tetap perlu diteruskan mengikut janji masing-masing... Bertolak dari butterwoth dgn farah...wktu tunggu bas dgn family terserempak dgn skod..yg mungkin mahu ke destinasi sama..tpi dy pulak x perasan kami kt depan dy...

-kami semua telah berkumpul di rumah syamil(billy), kangar, perlis...disambut oleh mak n family dy yg peramah :)...mlm tu kami buat barbecue, tgh seronok ramai2 bdk prmpuan masak kt dlm rumah..kak long(lyana) terpecahkan senduk mak syamil...waaa~semua cuak!!(tapi x pe..kmi akn ad surprise yg akn dibawa balik dri langkawi special utk mak dy nnti =D) ...mkanan sgt banyak n sedap! Mlm tu..kmi adakan meeting dalam keadaan mengantuk teramat~ sebab penat oleh perjalanan ke kangar.. Wktu tu baru tahu Zahid x dapat pegi..apapun trima kasih yg berbanyak kpd zahid yg tolong uruskan fotostat modul...


8 julai 2010..

-lebih krg pukul 8 pagi...kami semua bertolak ke jeti kuala perlis, membawa brg2 yg berat~ berkotak2..semata2 untuk para pelajar SMK langkawi..dgan konvoi 3 kereta, amin pulak naik 'limo'(mula2 ingatke 'limo' tu kereta besar, bolehla tumpang..rupanya motor...humph..!)

-tiket feri pukul 10 pagi....dn sampai d jeti kuah, langkawi..dlm pukul 11..
kmi menaiki bot pula ke pulau tuba...dan tiba d pulau tuba dekat pukul 1.30 ptg..perjalanan hanya ambil masa dlm 15 minit utk ke sana dri jeti d tepi jeti kuah.... bila smpai2 d pulau tuba van pulak x de... hanya ad motor je yg banyak..risau jgk kalau semua org nak kena naek moto..payah nk angkut tuh.. tunggu punya tunggu, sampailah van sekolah, yg perempuan pg dulu...ingatke pak cik van mane yg bawak... lansung x expect pak cik van tu ialah pengetua...oops..! x sangka....sgt bermurah hati pengetua itu.. =)


menunggu feri pukul 10 di jeti kuala perlis...

dh sampai jeti kuah.... =)

tengah menunggu nak naik boat pulak....huhu

dalam boat...bleh rasa alunan ombak...sgt best..huhu3.. !!!







sangat cantik!.... =D


Hari Program

- walaupun agak penat sebab prjalann yg begitu byak cabarannya, semua org still ceria. Agak kelam kabut sedikit disebabkan perubahan jadual..studentspun agak ramai berbanding sebelum ni...
-waktu sesi LDK, rasa yg sangat gembira disebabkan kumpulan fasi(negara Chile buat pertama kali menang dan berjaya 'mengebom' semua students serta negara drg...hua3. =D

-sesi postmortem hari pertama- semua org rasa yg sgt letih, yg perempuan sakit tekak sebab terpaksa banyak menjerit kt budak2.. Begitu berbeza pelajar2 pulau dan pelajar di luar. Sedikit mengejutkankan bagi kami...Mereka tinggal dalam kepompong masyarakat melayu yg kebanyakannya keluarga nelayan, tidak memahami apa itu masa depan, orang2 susah dan miskin, 50 ringgit dirasakan sudah cukup dn bagaikan duit yg terlalu berharga, ibu bapa yg tidak mementingkan akademik anak2, anak2 dan ibu bapa krng dari segi penjgaan rohani, hidup yg terlalu jauh dari pembangunan, org luar pula dirasakan asing dan terlalu banyak yg boleh diperkatan sehingga menimbulkan rasa bersyukur pada Allah terhadap diri sendiri, dan simpati pada mereka.

-semua ini telah banyak mengubah persepsi dlm diri, betapa bersyukurnya kita dikurniakan kelebihan yang ada sekarang...betapa sedihnya melihat saudara islam di sana...org melayu yg tidak merasakan kepentingan masa depan...x ada motivasi mahu maju ke hadapan, sudah cukup jika dpt menggantikan ayah sebagai seorang nelayan..

-walaupun letih dengan karenah mereka yg lain daripada lain, kami tetap berusaha memberi yg terbaik...agar sedikit sebanyak dpt meninggalkan kesan dlm diri mereka. Drp modul belajar, perlu diselitkan dgn bnyak motivasi yg dpt memberi keyakinan diri dan kesedaran semula. Sesi 'muhasabah diri' pada malam terakhir diharapkan dpt meninggalkn kesan dlm diri mereka untuk berubah. Ramai yg teresak2 mengenangkan nasib keluarga dan ibu bapa. x terkecuali jugak..berjaya mmbuatkn fasi2 ni turut sma menangis.

- masih ingat kata2 seorang pak cik kt sana... "x payah motivasikan budak2 ni..bukan dpt apa2 pun..mcm mayat hidup...sebab mak bapak depa pn macam tu jgk .." terkedu.., tak terkata apa2. Adakah usaha kami akn sia2..., kmi berdoa dlm hati..moga Allah membuka pintu rezeki mereka, membimbing dan membuka jalan kejayaan pelajar2 di sana..agar mejadi org yg lebih berguna nnti... bertepatan dengan lagu tema kali ini Hijrah Satu Wawasan (inteam)



time sukaneka.... :)

lagu Demi Matahari popular hingga ke Pulau Tuba.. =)

pemantapan rohani...usrah bersama adik2....



semangat IB/KMB masih mmbara.....baju biru CAS sewaktu perasmian


Habis Program..10 Julai 2010..

-petang tu selepas habis program...kmi pusing2 pulau tuba naik van.. Ada dua van, lelaki dpt naik van cantik (..x puas hati...), mula2 takut nak naik van yg lagi satu... bunyinya menggerunkan..n kerusi rasa macam x cukup...haha...ada time tu, zaimah nk terjatuh dari kerusi bila kerusi tu senget time bukak pintu van...hahaha3. Tpi at last ok je..pak cik van pun baik...

-bdak perempuan merancang untuk bermalam di rumah arina sebelum balik....
pada mulanya...bdk lelaki jgk mintak kbenaran utk bermalam rumah arina..utk save duit...sehingga sanggup kalau x boleh, nk mintak khemah, boleh tidur dlm khemah, smpaikan kalau ada kain2 mcm kain batik pun jadilah utuk dibuat khemah mcm cerita 'Survivor'...hahaha3~ pelik2 betul. Tpi, lastly...drg dpt sewa challet. Apapun, terima kasih kt mak Arina n family yg sudi tumpgkn kami kt rumah n jugak dpt kami semua dpt mkn sedap2..huhu. Namun, skod terpaksa balik awal hari tu sebelum sempat pergi rumah Arina...


11 July 2010..

-rasa berbahagia dpt kembali ke langkawi setelah hampir 3 tahun meninggalkan mrsm langkawi... dh banyak berubah..langkawi nampak lebih cantik...Subahanallah, pemandangannya pn nampak lebih cantik dari dulu=)

-kami sewa satu van dan satu kereta. Pagi tu merancang utk pergi jln2 sebelum balik pada petangnya... destinasi pertama ke pantai pasir tengkorak disebabkan perlu mengikut bdak lelaki yg mahu mandi jauh2..... Akibat kami yg berkereta bertolak lebih lmbat, perjalanan yg spatutnya singkat ambik masa 2 jam utk smpai kt sana... sesat sana..sesat sini.. tpi sampai jugak lepas tanya kakak jual air kelapa, mak cik restoran, pak cik penoreh getah, pak cik 'india' dan mak cik laundry... Apapun, ia satu tarbiyyah yg berkesan bagi kami, dalam perjalanan yg penuh kehijauan...('apabila tidak tahu, tanyalah kepada yg lebih mengetahui..' :)

-destinasi kedua..ke telaga tujuh... waaa~penantnya mendaki. Menggeletar lutut kaki memanjat tangga...apappn, budak perempuan x larat nak naik..lastly kmi pergi air terjun... ketika turun tangga, terkejut apabila diserang sekumpulan monyet yg merampas mkn roti yg baru dibeli...isk3. Tapi..sudah dittpkan..ia menjadi rezeki monyet, kami redha.. Nasib baik still ad kuih lapis yg ditapau d rmah Arina, disembunyikan dlm beg zaimah..huhu3. (pgajaran: jgn bawa mkn ke telaga tujuh)..

-Air terjun sangat cantik...betapa Maha Besarnya Dia..yg menciptakan kejadian alam yg begitu sempurna..kmi ambil peluang itu untuk berzikir padaNya... paling menyentuh hati ketika turun ke bawah dgn farah semula, disapa salam oleh pasangan2 arab n juga family arab yg berselisih dengan kami. Terasa malu bila diri sendiri tidak pernah biasa mmberi slam kepada org2 yg x dikenali... akhirnya..., kami tekad utk ucap salam kpd sesiapa sja yg berselisih dgn kami slps tu...alhamdulillah..salam itu berbalas oleh sepasang suami isteri arab...sgt gembira! Alangkah baiknya begitu...kita org islam kn bersaudara..

Terlalu banyak yg mahu diceritakan...tetapi cukuplah setakat ini...nnti akan terlalu panjang pulak.. Apapun, perjalanan kali ini telah menjanjikan satu kisah yg amat bermakna dari awal sehingga akhir. Terima kasih Ya Allah, trima kasih g2s..dn kwn2..

Sya akhiri dengan kisah yg berlaku dlm feri ketika pulang ke kuala kedah seorang diri... Terdengar seorang ayah yang sedang berbual dengan anaknya yg menanyakan satu soalan.. " Who made the sea? The view is soo beautiful". Ayah dia jawab.." God made the sea, god made sun, the bird, the land..." anak dy tanya balik.."but who made the god?". Ayah dy jwb dgn meyakinkan.." the god is man made, but the world still the god made, the sea, the fish, the bird.." terkedu dgn jawpan itu.., sudah tentu mereka bukan org islam...tetapi teruja dgn sikap seorang bapa yg begitu yakin myakinkan anakya yg msih kanak2..yg tidak segan silu bercakap mengenai tuhan di mana sahaja.. lebih bagus jika sikap ini menjadi sikap umat islam kini...yakin dengan agama Allah. Apapun, sesungguhnya Allah lah yg menciptakan sekalian alam, Yang Maha Besar, Maha Esa, yg berdiri dengan sendirinya...seorang islam yg sebenar adalah apabila dia melihat setiap perkara itu dengan kaca mata rabbaniyah..setiap perkara terpahat nama Allah dalam hatinya.. =D

wassalam.. :-) -nisa-