Thursday, July 15, 2010

BELAJAR daripada ALAM

Ketika menunggu saat tibanya van di Langkawi, terdetik di hati utk menceritakan kepada Along (Liyana) berkaitan keajaiban di sebalik ciptaan Allah swt nie.. Perbualan km terhenti apabila perjalanan mula membawa kami ke Jeti Kuah, Langkawi..

Di sekolah alam inilah manusia hrs belajar setiap masa selaras dgn kata pujangga,”Tuntutlah ilmu dari buaian (bayi) hingga ke liang lahad (mati).. Oleh sebab itu, org yg berhenti belajar diibaratkan spt org yg tlh mati jiwanya.. x perlu belajar jauh2.. belajar daripada alam ini sudah mencukupi sbg tanda cinta kita pada Allah Yang Maha Esa.. Sayangnya, ramai dalam klgn kita yg gagal belajar drpd alam.. Betapa ramai manusia hanya melihat nikmat, tetapi lupa Pemberi nikmat (Allah).. ramai yg memuji alam ttp tidak memuji Penciptanya.. Benarlah kalau dikatakan Allah itu sngt dekat, ttp terasa jauh kerana manusialah yg sering menjauh!

“Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka jahanam kebanyakan drpd jin dan manusia yg mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihatdengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yg lalai.” (7:179)

Pandangan manusia terhadap alam ini terbahagi kepada 4:

a) Pandangan zahir semata-mata

Golongan ini terlindung utk melihat sesuatu yg lebih hakiki.. Bukanlah kerana alam ini tidak cukup hebat tetapi akal dan hati merekalah yg buta utk melihatnya.. Apa yg mngkn dpt diucapkan hanyalah ucapan spt perkataan, ”Wah! Cantiknya air terjun tu!” (teringat saat2 bersama rakan2 di air terjun Telaga Tujuh, Langkawi).. Mereka tidak mampu menyelami sesuatu yg lebih tersirat dan mereka diumpamakan spt kelawar yg tidak dpt melihat pada siang hari..

b) Pandangan nafsu

Golongan ini melihat alam dengan penuh kegelojohan dan keserakahan hawa nafsu.. Mereka berniat utk mengubah alam ini menjadi sesuatu yg akhirnya akan menguntungkan diri sendiri sahaja.. Akal mereka sempit utk menyelami maksud yg tersirat di sebalik ciptaan Allah ini.. Dan ini memberi kesan yg buruk bukan sahaja pada alam tetapi kepada manusia sendiri.. Mereka ini seolah-olah berpegang pd prnsp ”dunia ini ana yg empunya!”.. Apabila hukum Allah ini dilanggar, maka berlakulah seperti yg ditegaskan Allah yg bermaksud :

”Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dgn sebab apa yg telah dilakukan oleh tgn manusia. (Timbulnya yg demikian) krn Allah hndk merasakan mereka sebahagian drpd balasan perbuatan-perbuatan buruk yg mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (30:41)

c) Pandangan akal

Jika alam ini dilihat melalui akal, maka banyaklah ilmu yg dpt diperolehi disebalik ciptaanNya.. Hasilnya muncullah ilmu matematik, fisiologi, anatomi, astronomi, biologi, fizik, kimia n len2 lg.. Melihat dgn pandangan akal inilah munculnya ilmu akliah.. Walaupun pd mulanya para malaikat seolah-olah ”bimbang” dgn keputusan Allah utk menjadikan manusia sbg khalifah di muka bumi ini, tetapi akhirnya malaikat akur apabila manusia dapat mengetahui nama2 benda yg diajar oleh Allah (2:31).. Dgn kelebihan itu, manusia menjadi makhluk yg plng arif tntng sunatullah, sekali gus menjadikan manusia sbg pengatur dan pengurus alam ini..

d) Pandangan mata hati

Pandangan menerusi mata hati inilah yg disebut dlm Al-Quran sbg hati yg ”berada di dalam dada”.. Maksud firman Allah swt:

”Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yg dgn itu mereka dpt memahami atau mempunyai telinga yg dgn itu mereka dpt mndengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yg buta, ttp yg buta ialah hati yg ada di dalam dada”.. (22:46)

Melihat alam dgn pandangan mata ketiga akan sering menyoal scr dasar, ”Kenapa alam ini ada? Mengapa ia dicptakan? Siapakah penciptanya? Apakah tujuan Dia menciptakan semua itu?”

”Mereka yg sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring serta berfikir tntng kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : ’Wahai Tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda2 ini dgn sia2, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami drpd azab neraka..” (3:191)

Wahai saudara2ku, marilah kita renungi diri sendiri dan berfikir sejenak.. Tanpa disedari mngkn kita berada dalam golongan yg tdk diingini.. Lihatlah alam ini dgn mata hati terbuka krn sesungguhnya terlalu bnyk maksud yg tersirat di sebalik ciptaan Allah ini.. Mari sama2 kita mengejar syurga yg dijanjikan Allah swt!! Ameen..

- Farah Fadilah (kak ngah) -

6 comments:

  1. alhmdulillah..dpt jgk pengisian hr ni.

    so pengajaran, kena tajamkan mata hati tu. Rabb-centred bukan? :)

    ReplyDelete
  2. YA ALLAH...SAYA CINTA SGT PADA KAMU!!! T_T

    ReplyDelete
  3. kwn2.. trma ksh..

    Ya Allah, trma ksh krn mengurniakan kwn2 sehebat spt mereka.. Farah jga cinta sma kamu, Ya Allah!!

    ReplyDelete
  4. mabruk sume....Alhamdulillah...antunna sume sentiasa memperkuat each other n mengisi hati each other melalui blog nie...
    jg diri yer sume...sentiasa menyayangi kalian fillah...rindu sangat tuk bertemu....
    salam kerinduan...tolonglah...jomlah datang rumah alaq!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. kukuqin.. chat??

    okay alaq.. after daurah okay.. insyaAllah.. nnt kta pk sma2 mcm mn nk g umh alaq.. sedia mknn bnyk2.. nak mkn!! nak mkn!!

    ReplyDelete