Monday, August 30, 2010

Menyentuh Hati 2

Kisah 1 - Qiamullail-

al-kisah..

Imam Syahid menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Selesai sahaja mu’tamar, Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur.

Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya.
Beberapa minit kemudian, Imam Syahid bertanya:

“Wahai Umar, apakah kau sudah tidur?”

Ustaz Umar menjawab:

“Belum.”

Beberapa saat kemudian, Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama.

Akhirnya, akh umar berkata dalam hati:

“Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya, akan saya diamkan sahaja.”

Setelah ditanya berkali-kali, disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur.
Kemudian, Ustaz al Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. Di ruang yang paling hujung, beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud.

Bulan Ramadhan yang baru sahaja pergi perlahan2 meninggalkan kita. Madrasah tarbiyah Ramadahan telah mengajar kita untuk mengekang al-hawa yang menjadi antara musuh utama kita.

Tips2 agar mudah bangun qiam (permintaan seorg shbt) :

1. Jangan banyak makan dan minum..

2. Kurangkan bekerja keras d waktu siang..

3. Hindari maksiat.. (peringatan pd diri sndri jga)

Ada seorang Tani’in mengatakan, “Janganlah kalian berbuat maksiat kepada Allah di waktu pagi, nescaya kalian akan mampu mengerjakan solat malam.”

Sesungguhnya dosa adalah tali yg mengikat manusia.. Marilah kta sma2 membebaskan tali ini dgn bnykkan beristighfar, berzikir n bersujud pdNya..

4. Lakukan dg bertahap..

Biar perlahan, tp yg penting istiqamah.. Bermula dgn 2 rakaat n then, bertambah bilangan rakaatnya..

Hayatilah, saudaraku “Agama itu mudah. Selamilah ia dengan lembut.”
(HR. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra)

------------------------------------------------------------------------ =)

Kisah 2 -PetunjukNya-

Dalam usaha mencari petunjuk Allah swt dlm membuat pilihan, pelbagai jwpn yg diperoleh.. terima kasih, Ya Allah..

Al-kisah, ada seorang gadis bernama A (bukan nama sbnr) berkesempatan utk berbuka puasa d umah pak cik azman d banting, selangor.. Selepas dipujuk oleh pakcik azman, (memandangkan tiket bas dijadualkan lewat malam), gadis A itu bersetuju..

Umah kpg yg belum siap dgn sempurna telah membuat gadis itu terdiam.. Kedatangan gadis A itu disambut dgn meriah oleh keluarga Pakcik Azman.. Umah mereka wlpn tdk sempurna ttp yg plg best, trdpt 2 bahagian..

1 part utk laki n 1 part utk prmpn.. Pintu nak msk umah pun berlainan..

Nama anak2 pakcik azman jga trt membuat gadis A itu tersenyum..

1. Yus (x pst nama penuh)
2. Abu Bakar
3. Sumaiyyah
4. Siti Fatimah
5. Thohirah
6. Omar
7. Aisyah Humairah

Gadis A pd ketika itu telah mendapat 1 petunjuk Allah berkaitan pilihanNya.. =)

Selepas bermesra dgn keluarga pakcik azman, barulah gadis A itu mengetahui bhw wajahnya amat serupa dgn anak pakcik azman yg telah meninggal dunia pd tahun lepas (Siti Fatimah)..

"Nak, tahu x pakcik azman kamu slalu cter pd makcik bhwa apbila dia lihat je wajah kamu, pst dia terkenangkan wjh arwah.."

"Bila dia first time nmpk kamu dulu, dia terkejut lalu trs cter pd makcik"

"Skrng br makcik berkesempatan utk tgk muka kamu.."

Dalam kesempatan bbrp jam yg Allah beri, pelbagai petunjuk yg jka dilihat dgn mata hati akn membantu Gadis A dlm membuat keputusan berkaitan pilihanNya.. InsyaAllah..

1. Pabila berbuka puasa, moleklah kiranya
berbuka menggunakan dulang.. lg erat sesama famili!!

2.
Bertukar2 hidangan dgn jiran tetangga.. Benda yg ckt jd banyak krn insyaAllah Allah akan memurahkan rezeki hamba2Nya..

3. Jika
diberi peluang, rebutlah sebaik mngkn.. =)
Gadis A berkesempatan bertanya pelbagai perka
ra pd tuan rumah..
(antaranya : kitab2 yg dipelajari, istikharah, tarbiyyah n etc)
Jka inginkan lebih kepastian, merekalah hrs dirujuk selain Allah n parents.. =)

4.
Jgn mudah mengalah krn rezeki Allah dtg dr arah yg tdk disngka2.. =)
Kagum dgn kehidupan pakcik azman..


p/s : Terima ksh, Ya Allah..

Smga Gadis A ini
turut dikurniakan peluang utk mendapat kehidupan sebegini.. Semoga petunjuk yg diberikanMu adlh yg terbaek bwt Gadis A ini.. Semangat!! Jgn give up, Gadis A!! Tetap dgn pilihan barumu ini krn ini adlh keputusan Allah!! =)












Friday, August 27, 2010

Menyentuh Hati 1

InsyaAllah dalam kita mengejar impian utk mendapatkan Malam Lailatur Qadr, ape kata kta duduk2 n berfikir sejenak tanggungjawab kita sbg hambaNya..

dah nak fly kan?? jom kita kebalkan dada dgn ilmu sbg bekalan!! jom berlumba nak?
fastabiqul khairat..


"
Dan org2 yg berjihad utk mencari keredhaan Kami,sungguh akan Kami tunjukkan jalan2 Kami" (Al-Ankabut:69)

Sbg seorng da'i atau da'iyah, kta perlukan skill2 hebat utk menyentuh hati mad'u kita.. tp, before dat, diri kita mcm mn?

Cube tanya blk soalan2 nie pd diri kita :

1. Setiap hari, brpa kali kita dah bwt amalan
SUNAT ? Tahajud? Dhuha? Rawatib? Hajat? Witir? Istikharah? Taubat?

Wah!! Banyaknya! Allah baek sungguh cos dgn pelbagai cara dia nak bg pahala pd kita.. Jom rebut!! Sape cepat n ikhlas, org 2 pst dapat.. =)

2. Dah
MENGAJI brp page Al-Quran hari ni? jom2 berlumba2 hbskan Al-quran smbil memahami tafsirnya..

3. Ada bwt maksiat/
DOSA x hari nie? Facebook? TV? Tdo?

Haih.. Sbg da'ie, kita kene tinggalkan jahiliyah 2.. ingat SJ? Kalo lupe, jom ingat2 balik!! Dah nak fly nie.. Kat sna, lg bnyk jahiliyah..


"B
ersiap dan berbuatlah.. Jgn menunggu datangnya esok hari.. Kerna boleh jadi engkau tidak mampu membuat apa2 pd esok hari.." - Pak Cik Hassan =)

Pak cik Hassan jga ada berkata :

"
Di setiap kota trdpt pusat pembangkit tenaga elektrik.. Para pegawai memasang tiang dan kabel d seluruh kota.. Setelah itu, aliran elektrik masuk ke rumah2, pabrik2 dan tempat2 lain.. Jika aliran tersebut kita matikan dari pusat pembangkitnya, nescaya seluruh penjuru kota akan gelap gelita.. Padahal saat itu tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat pembangkit elektrik, hanya sahaja tenaga itu tdk dimanfaatkan.."

Jd, agak2 kita nie layak x utk menjadi pegawai pembawa elektrik 2?

Allah telah memberikan kita Al-Quran (pusat pembangkit elektrik) utk disampaikan pd mad'u kita..

Jom kita memanahkan diri kita dgn tenaga elektrik tu n then, kita bersentuhan dgn org len supaya mereka jga terkena elektrik tu.. he3.. Lama2 kita akan nampak panahan elektrik saling memanah non-stop dlm kalangan manusia!!


"Sesungguhnya telah datang kpd kalian cahaya daripada Allah, dan kitab yg menerangkan.. Dengan kitab itulah Allah menunjuki org2 yg mengikuti keredhaanNya, dan dgn kitab itu pula Allah mengeluarkan mereka daripada gelap gulita kepada cahaya yg terang benderang dgn seizinNya dan menunjuki mereka ke arah jalan yg lurus.. "
(Al-Maidah :15-16)


Ingat yer.. dalam 'menyentuh hati' org len, kita sbg da'ie hrs ingat bahawa kita dalam proses memberi hadiah pd org len.. maka, kta hrs mempertimbangkan hadiah ape yg hndk diberikan dan bagaimana cara utk memberikannya.. (taktik sbg da'ie 2) =)

Kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok..

JANGAN PUTUS ASA!!

Thursday, August 19, 2010

Life's a chess game

Sudah lama nak menyumbang, tapi hari ni baru Allah gerakkan hati (dan idea dan tangan) untuk menulis post yang pertama-tama sekali. Alhamdulillah, masuk hari ni dah 9 hari kita berpuasa. Adik-berasik ada yg tinggal tak?? Haha...Mungkin kita boleh amek masa sekejap untuk muhasabah diri dah berapa banyak ratio masa yang kita amek untuk grab pahala2 mencurah-curah ke ladang gandum yang ada dalam bulan ni... Hmmm...


Dalam nak menunggu waktu berbukak ni, sajala saya gatal2 tangan dan mulut nak berkongsi something. Something yang mungkin cliche, tapi bagi saya ia satu peingatan yanhg amat2 menyentuh hati + perasaan +kalbu gitu. Okay first, nak citer dulu perasaan dan gelodak jiwa nan melanda sejak beberapa minggu ni: Rasanya, semua orang tengah risau atau at least risau sangat pasal uni semua. Yes, saya pon tak terkecuali walaupun dah ada offer sume jika nak di bandingkan dengan kawan2 yang lagi hard core ujian yang dorg terima.

Fitrah kita manusia, kita cepat lemah. Dan tak ada sapa yang boleh nafikan. Dan selemah-lemah manusia, kita masih ada Maha Kuat yang sentiasa mendengar rintihan hamba-hambanya. Ada masalah kita berdoa, tak ada masalah pon kita berdoa dan bersyukur teramat kat Dia. Suatu hari ni, terasa sangat2 yang kenapa lambat sangat bantuan Allah datang. Selfish kan saya? Hahaha...

Banyak kali cuba pujuk diri supaya bersabar (azam puasa taun ni - nak latih sabar sebab panas baran sangat) tapi kadang2 tewas gak ngan perasaan sendiri. Dan akhornya rasa berdosanya aku ni sebab sampai hati bersangka buruk dengan Allah, Tuhan yang menciptakan countless nkmat untuk kita kat atas muka bumi ni.

Nak dijadikan cerita, tengah meng'stalk' cikgu sekolah rendah di Facebook (tu keje kau ye!), terbaca blog seseorang ni yang di link di fb. Sangat mengena (pok!) dengan gelodak jiwa nan melanda di hati ni. Klik sini untuk baca. WAJIB BACA DULU TAW!

MasyaAllah bila baca, rasa diri ni selfish sangat. Sangat indah percaturan Allah kan, kita je yang x sabar, macamlah doa kita je yang ada kat dunia, macamlah kita je yang hidup sorg2 kat sini. Bak kata seseorang, the world does not revolve around you. But now i can confidently say Allah is making u and the world revolve to answer one's prayer. Best part yang dia kata :

"Allah SWT Maha Berkuasa. Allah SWT Maha Mampu jika Allah SWT ingin terus memakbulkan permintaan semua makhlukNya secara serentak.

Tetapi aturan Allah SWT akan dipandang pelik pada pandangan manusia dan pasti sukar untuk kita menerima aturan sedemikian apabila Saya dan Ahmad berjumpa Ali pada waktu yang sama tetapi berlainan tempat. Atau saya sihat dan sakit dalam masa yang sama. Atau juga saya bercuti di Perak dan dalam masa yang sama saya berjumpa dengan doktor di Selangor.

Aturan Allah SWT komplek dan sangat cantik. Kerana itu satu persatu kejadian perlu mengikut urutan dengan teratur."

Jadi, BERSABARLAH kawan2, Allah dengar doa2 kita dan masanya akan tiba jugak. Macam main chess jugak la kot, dalam nak cekmek tu, mesti la ada buah kena jalan dulu, kena makan la etcetera2. Memerlukan percaturan yang teliti. Just bayangkan diri anda sebagai pawn @ knight @ bishop @ castle @ queen @ king di mana turn kita pasti akan sampai jugak ( Unless dah cekmek awal2 kan....).


Last word, saya doakan kawan2 saya mendapat apa yang terbaik untuk mereka no matter where they are and what we are today is the bestest gift that Allah gives to us. Salam Ramadan Mubarak!!! (=^.^=)

p/s: Saya rindu masa2 kita makan dalam talam ngan kak yana especially bila kak yana kena paksa mkn ngan kita.

p/ss: Sorila kalau serabut bila baca. Saya bukan penulis yang baik. Ngee~

Sunday, August 15, 2010

Apakah Allah Terima Taubatku..??

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap dosa pasti akan mendapat balasan...tetapi samada balasan itu cepat atau lambat ...di dunia mahupun diakhirat...dan kita sbgai insan yg tidak sempurna psti tak akn lari dari melakukan dosa..

Sabda rasulullah s.a.w
"Dosa itu yang menyebabkan resah dalam jiwamu."

Ada dosa yang menyebabkan rezeki tertahan, walaupun sudah disediakan untuk kita.. Dari segi bahasa, dosa itu menyiratkan akibat atau balasan. Dari 17 kata untuk menyebut dosa dalam Al-Quran, empat diambil sebagai contoh..

Dzanb = (disebut 35 kali) beerti kesalahan kita
Ithm = (disebut 48 kali) bermakna kealpaan atau tidak mendapat pahala
Sayyi'ah = (disebut 165 kali) beerti perbuatan buruk yang menyebabkan kesedihan
Rijs = (disebut 10 kali) bermaksud kotor, baik jasmani mahupun rohani

Oleh itu, apapun jenis dosa akan berakibat buruk pada kehidupan kita
Namun, hati orang yang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras dan kerananya payah utk ditembusi cahaya kebenaran...

Keadaan yg brlaku hari ini, hakikatnya adalah drp 'buah' yg kita lakukan semalam. Bila hati resah, hidup mula terasa hilang keberkatan...usahlah dicari puncanya jauh2, itu pentandanya hati kita penuh dengan dosa pada Allah dan manusia....
Apabila sahaja berdosa daan merasa berdosa, katakanlah pda diri..


" Wahai diri...ketika rasa bersalah singgah di dlm hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah peringatan yg Allah bekalkan secara tabii utk menjaga fitrah insani. Itu petanda hatimu masih hidup. Selagi ada rasa brsalah, selagi itulah ada peringatan utk kembali pada Allah. Jganlah engkau putus asa dengan taubat yg patah...,kerana kasih syang Allah menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya"


Orang yg bertaubat, Allah akan menggantikan seluruh keburukannya dengan kebaikan. Sebagaimana firmanNya yg brmksud : "..kecuali org yg bertaubat dn beramal soleh, maka mereka akn Allah gantikan keburukannya dgn kebaikan."


Kamu lakukan dosa kerana kejahilan, lalu segera bertaubat...

Firman Allah, maksudnya : "Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dgn adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." [Surah An-Nisa' 4 :17 ]


Kamu lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri...

Firmn Allah maksudnya : "Dan mana-mana dua org diantara kamu melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendaklah kamu menyakiti keduanya ; kemudian jika mereka bertaubat , dan memperbaiki keadaan diri mereka (yg buruk), maka biarkanlah mereka ; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Maha Menerima Taubat, lagi Maha Luas rahmat-Nya." [Surah An-Nisa' 4 :16 ]


DIA memaafkan kesalahan yg kamu lakukan...

Firman Allah: maksudnya : "Dan Dialah Tuhan yg menerima taubat daripada hamba-hambaNya(yg bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) ; dan Ia mengetahui apa yg kamu kerjakan." [Surah al-Syura 42: 25]

DIA memaafkan kesalahan sesiapa sahaja yg dikehendaki-NYA...

Firman Allah, maksudnya : "Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yg beriman itu, dan Allah akn menerima taubat orang yg dikehendaki-Nya ; dan ingatlah Allah MahaMengetahui lagi Maha Bijaksana." [Surah At-Taubah 9:15]

***

Maka shabatku.., mungkin satu kali itu kita pernah melakukan dosa...dan terus melakukan dosa itu kembali atas kealpaan dan kejahilan kita sebagai hmbaNya yg lemah...janganlah kita merasa putus asa dengan rahmat kasih sayangNya...,janganlah kita lari atas rasa kejahilan dan malu padaNya...,tiada dosa yg dapat kita rahsiakan dari pengetahuan dan penglihatannya....maka sujudlah memohon keampunan dengan penuh rasa tawaduk, rendah diri dan penyesalan. Tangisilah dosa yg dilakukan dan mohonlah kebaikan dariNya. Sesungguhnya, pintu keampunan dari Allah begitu terbuka luas untuk hamba-hambaNya....

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Az-Zumar 39 : 53 ]


Ramadhan ini, pintu taubat dibuka seluas-luas buat hamba-hambaNya.. Marilah sama2 kita rebut peluang keampunan dibawah naungan rahmat kasih sayangNya.. ..

rujukan : majalah solusi isu no 3 ; Impak Dosa

slm syang...nisa =)


Monday, August 9, 2010

RAMADHAN-MEMBINA TAMAN TAQWA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam rindu dan sayang buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda...salam kasih juga buat seluruh alam dan makhlukNya.... =)


Dia datang dan pergi...dan kini dia kembali...membawa rahmat dan berkat..

Ya Tuhan...rindunya aku pada dirinya..

menitis air mata ini tatkala dia mula menjelma...

kerna sudah lama aku menanti kahadirannya...

bersyukurnya aku pada Allah aku dapat bertemunya kembali...ku nantikan saat-saat melaluinya buat sekalian kali...kekasih yg ditunggu-tunggu..

moga pertemuan kali ini lebih baik dari dahulu...


Imam Ahmad dan al‐Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih
daripada Abu Hurairah r.a. beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :


“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah
SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan
semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia
sangat rugi.”


Sesungguhnya ia adalah kekasih yang ditunggu‐tunggu dan Rasulullah s.a.w. telah
menyambut kedatangannya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud :


“Telah datang kepada kamu Ramadhan yang menjadi penghulu segala bulan.
Selamat datang diucapkan.”

Beginilah cara Rasulullah s.a.w. menyampaikan berita gembira kepada sahabatnya. Oleh itu, aku juga mahu menyampaikan perkara dan cara yang sama kpd kalian semua....

Hati merasa rindu dengan kehadiran kekasih yang lama menghilangkan diri dan tiada
kegembiraan yang lebih daripada itu..


...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...


mari membina taman-taman taqwa...lebih manis jika kalian klik link di bawah untuk lebih mengenali kekasihku...dan yang pasti kekasih kalian juga...hihi =)

Ramadhan TAMAN TAQWA.pdf-panduan

salam sayang....

nisa.. =)

Tuesday, August 3, 2010

sedikit renungan

Dengan asma Allah yang Maha Pengasih lgi Maha Pengampun..
Salam sayang dan rindu buat junjungan besar Muhammad S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda...salam sejahtera buat seluruh alam dan makhluk-Nya...


Satu kata2 yg menyentap hati...

"Kita ibarat kapal yang belayar di lautan....tlh ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adlh iman, layarnya takwa, sauhnya tauhid...nescaya kita akn selamat daripada tersesat di lautan hidup ini..."

Ini ap yg dpt di'qoute'kn sedikit drp Halaqah Sentuhan Qalbu....maaflh...x dpt tengok dri awal...bukak2 tv...dh penghujung rancangan..huhu n_n

Khas utk remaja..belia...dn umur2 mcm kite...sekadar perkongsian..

rasa tersentuh bila mendengar kata2 sebegitu.... ya, kita ibarat kapal...dn kita adalah pengemudinya... jika iman muatannya, takwa layarnya, tauhid kekuatannya, Allah petunjuknya...pasti kapal itu senantisa ditiup angin2 keimanan...membawanya berlabuh di tempat selamat... dn tentulah tempat brlabuhnya di syurga akhirat kelak...

tetapi jika kapal itu..dipenuhi dengan kemaksiatan, kaptennye pn asyik mabuk dunia...semestinya kapal itu akan hancur dan karam di tengah lautan seperti kapal titanic yg telah melanggar iceberg di tengah2 lautan atlantik.....

seperti kita...di saat ini...di waktu ini...kita perlu lebih dewasa...memikirkan ke mana kita mengemudi hidup kite...di mana kita 10 thn akn dtg? dimana kita 50 thn akn dtg dn dimna 100 thn akn dtg... memikirkan di saat alam barzakh...saat penghisaban...yg pasti kita akn lalui..pasti mencemaskan dan menyesakkan dada tatkala memikirkannya.... tetapi..sedarlah shbt, inilah yg pasti kita rasai nnti...

cukupkah amalan kita utk menghapuskn dosa2 masa lalu...? 'islam'kah kita dengan hanya LAILAHAILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH....terjaminkah kita di hadapan Allah...? dan....apa yg kita akn bawa untuk di tunjukkan di hadapan Dia nnti.....

Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah...

shabatku...cukuplah dgn permainan kanak2 ini...kita masih ada hak dan tugas yg perlu dilaksanakan....

"Say thou: this is my way: I call unto Allah resting upon an insight---I, and whosoever followeth me. Hallowed be Allah:and I am not of the associators." [Surah Yusuf : 108]

ref: http://quranexplorer.com/index/Sura_012_Yusuf_JOSEPH.aspx



***********
....pilu hati ini tringatkn seorang kanak2 lelaki berbaju melayu merah tertidur di tepi jln jam 10 mlm di stesen lrt bandaraya, akibat kepenatan mengemis sepanjang hari....T.T

Berdoalah kita moga2 sentiasa ditetapkan jalan yg benar, dikukuhkan keimanan dan diteguhkan keyakinan pada-Nya...Ameen..

[msih dlm mood geram dn sabar menjaga kanak-kanak kecil, sepupuku yg nakal itu.... ;) ]