Wednesday, May 26, 2010

~ Khalimah Thayyibah ~

"Kak ngah, Islam setengah-setengah tu mcm mana yer?" kak chik bertanya..
Pelik juga kerana tiba-tiba ditanya soalan begini... Namun hati ku tetap gembira krn alhamdulillah akhirnya pintu hati keluargaku mula terbuka untuk mengetahui serba sdkt tentang keindahan Islam itu sendiri...

InsyaAllah, dlm post kali ini akan diberitahu serba sdkt tntng apa itu Islam sebenarnya... Mungkin ramai org tertanya-tanya makna kalimah thayyibah itu sendiri dan perbezaannya dengan kalimah khabitsah...

Kalimah thayyibah ialah satu kenyataan kebenaran bahawa Pemilik dan penguasa seluruh alam semesta ini adalah Allah yang Maha Esa... Maka, bila anda mengatakan : "Di dunia ini tidak ada sesuatu atau seseorang pun yang memiliki dan melaksanakan kekuasaan tertinggi selain Allah Yang Esa", maka seluruh yang ada di bumi dan langit akan menyahut: - "Engkau telah menyatakan kebenaran abadi. Kami semua menjadi saksi atas pernyataan itu".. Bila anda bersujud di hadapanNya, seluruh yang ada di bumi ini akan turut sujud bersama anda.. (@_@)

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yg buruk seperti pohon yg buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat (tegak) sedikit pun. Allah meneguhkan (iman) org2 yg beriman dengan ucapan yg teguh itu dalam kehidupan di dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yg zalim dan memperbuat apa yang dia kehendaki". (14:24-27)

Bayangkan jika kita berpegang pada khalimah thayyibah, sudah tentu kita dapat menghasilkan buah-buah yang manis, akar yang mencengkam bumi dan tidak akan jatuh walaupun ditiup angin kencang.. Bayangkan pula jika kita berpegang pada khalimah khabitsah (berlawanan erti dgn khalimah thayyibah), sudah tentu kita akhirnya akan menghasilkan buah yg busuk, berulat, berwarna kusam, akar yg langsung tidak kuat dan akan tumbang walaupun baru ditiup angin perlahan...

Renung2 kan lah wahai sahabat... Mungkin kita tidak sedar bahawa kita menjadi mangsa penghambaan kepada nafsu sendiri atau manusia lain... Bagaimana Islam itu akan bangun tanpa ciri-ciri Islam sejati itu dalam diri? Mungkin ada sesetengah dari kita ada mengatakan bahawa,

" x per... sok lusa aku bertaubat laa... buat salah sikit jer, x kan Allah marah kowt... Budget alim konon... Kami tahu laa mn yg baik dan buruk... x yah nk tunjuk2 depan kami..."

Inilah yg dinamakan Islam setengah-setengah apabila mulut sahaja mengatakan diri itu Islam dan Tuhan mereka Allah Yang Esa, tetapi setiap langkah, detik, fikiran, perbuatan, niat tidak berpandukan pada Allah.. Mungkin tanpa kita sedari bahawa diri kita sedang menuju sedikit2 ke arah kemunafikan...

Ciri2 manusia yg menjadi hamba kemunafikan :
1. Menjadi hamba kepada nafsu sendiri
2. Menjadi hamba kepada amalan adat dan nenek moyang
3. Menjadi hamba kepada manusia

InsyaAllah jika kita fhm erti berpegang teguh dengan khalimah thayyibah itu dan berusaha sedaya upaya menjadi Muslim sejati, tentu sahaja Allah swt akan menyayangi dan memberi rahmat kepada kita...

~salam sayang~

(@_@)


12 comments:

  1. jazakillah...pengisian hati yang best.

    "Ciri2 manusia yg menjadi hamba kemunafikan:
    - Menjadi hamba kepada nafsu sendiri"

    nauzubillahi minzalik. sama2 berjihad melawan hawa nafsu, jom!

    ReplyDelete
  2. -liyana-

    btl 2 liyana... kta x sdr sbnrnya kta mnjd hmba kpa nafsu sndri... sbg contoh apabila kta tgk tv berlebihan... pd pdgn kta mayb bnda itu remeh tp pd pndgn Allah, ia sngt berat apabila ia diibaratkan sprti menyekutukan Allah dgn sesutu sprti artis n len2...

    smga kta dijauhkan dr godaan nafsu sndri n mnjd hamba yg memperhambakan diri spenuhnya pd Allah..

    ReplyDelete
  3. jzkk atas peringatan.. inshaAllah kita sama2 mujahadah!!

    ayuh kita naikkan Islam menjadi UA balik!!

    ReplyDelete
  4. lupe nak ckp...aida link kn kat blog aida tau..... Btw..nama saya Aida Nor Illyana..hehe

    ReplyDelete
  5. ops.. aida... maaf... jgn marah2 yer aida yg comey... ampunkan frh... he3.. insyaAllah kta berusaha ke arah UA!!

    ReplyDelete
  6. salam ziarah...

    termelencong d blog ni sebentar...

    suke2:>akhirnya ketemu juga blog ni...

    nway good attempt my dearies..

    ReplyDelete
  7. tak sangka plak korung ade ni...
    asal tak bgtau awl2..
    btw, IA, smuanye utk kbaikan..
    slmt mneruskan kt alam cyber ni plak..

    ReplyDelete
  8. ngehehe..tk terfikir lak nk publicise blog ni tira busyukkk. hoho. sekadar medium utk menjaga hati, berkongsi ilmu dn saling mengingati. insyaAllah. XD

    ReplyDelete
  9. -aziani-
    dh laa awak punye blog 2 privete sngt... he3... nk tgk pn x lh... insyaALLAH... bkn niat km utk menghebohkan tntg kehadiran blog nie... cume skdr berkongsi ilmu n pndpt... moga2 ukhuwah yg trbina akn berkekalan... InsyaAllah..

    (@_@)

    ReplyDelete
  10. ingat mati! i2lah perkara yg WAJIB! kita ingati dlm kehidupan yg percuma ini......
    mati merupakan perkara yg amat dahsyat yg x dpt kita bayangkan...
    INSYALLAH! kita dapat mengawal nafsu kita sepanjang kita idup di dunia ini....
    btul x..???

    ReplyDelete
  11. private???
    owh..renovation period ntok blog sye..skrg ni blog sye dah xprivate n muncul dgn wajah baru yang lebih ceria...(rasenyer~~~)

    (^_^)nway keep up this pengisian hati k..

    ReplyDelete
  12. salam..ni sape owner blog yg comel ni ek??hik3..nwey,nice blog..bagus utk bacaan..

    ReplyDelete