Tuesday, June 15, 2010

Da'wa kita..

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam sayang buat Nabi Allah, Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda. Salam rindu buat sahabat-sahabatku, dan salam sejahtera buat seluruh alam srta makhlukNya...

Segala puji bagi Dia...ku panjatkan kesyukuran atas rahmat dan kasih-sayangNya

tatkala menghadap skrin lap top ni...terdetik dihati ini mahu menulis perkara yang dirasakan perlu.

Pada saat bermulanya cuti lepas exam IB, terasa begitu berdebar, takut, resah, mcm2 persaan brcampur baur, menanti cabaran yang akn dihadapi yg merasakan diri ini pasti jauh dari tarbiyyah...

Namun, Alhamdulillah, selagi hati ini mahu menetapkan diri di jalanNya, menazarkan diri ini untuk Dia... Dia sudah cukup untuk memandu, melindungi diri ini...
Walaupun jauh dari usrah, tarbiyyah dari Dia sentiasa berterusan...

Tatkala melayari dunia tenet ni, bertemu semula kawan2 yang lama, baik dari zaman kanak2 riang sampai skrg. Terkejut melihat diri dan kehidupan mereka sekarang... diri ini hanya mampu beristighfar dan mendoakan yang terbaik buat mereka..

Terasa diri ini begitu bertuah dipilih oleh Dia... utk berada dlm Jln ini...
masih rmai di luar sana yg perlu disedarkan...matlamat dan tujuan hidup.
merasakan tanggungjawab itu berat, tapi perlu dilaksanakan....
sahabat2ku, janganlah kita lupa, kta adalah rijal-rijal Allah, masih banyak yang kita perlu lakukan, sejauh mana tanggungjawab kita sudah terlaksana, bersabarkah kita? Teguhkah kita? apabila kita diuji dengan kelemahan kita yg hikmahnya utk jadikan kita hambaNya yg lebih kuat. Jganlah sedih jika orang-orang disekeliling kita tidak memahami tanggungjwb itu, ttpi berusahalah moga Allah membuka pintu hati mereka...

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [9;41]

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia(Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam Al-Quran ini, agar Rasul(Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia., Maka laksanakanlah salat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah pada Allah. Dialah Pelindungmu; Dia sebaik-baik Pelindung dan Penolong." [22;77]

Wassalam...

4 comments:

  1. "tidaklah sama keadaan orang-orang Yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang Yang beriman - selain daripada orang-orang Yang ada keuzuran - Dengan orang-orang Yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) Dengan HARTA dan JIWAnya. Allah melebihkan orang-orang Yang berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang Yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) Dengan kelebihan satu darjat. dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan Dengan balasan Yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang Yang berjuang atas orang-orang Yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) Dengan pahala Yang amat besar(95) Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadanya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani(96)"

    (4:95-96)

    Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda y bermaksud : "Allah berfirman (yang bermaksud) : 'Aku menyediakan untuk hamba2KU yg soleh, yang tidak pernha dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh terlinga, dan tidak terlintas di hati manusia." (Muntafaq'alaih-hadith sahih)

    ReplyDelete
  2. >>athirah

    jazakillahukhair...
    kata-kata Dia sentiasa menyentuh hati kan...=)

    ReplyDelete
  3. salam...

    Allah tdk prnh memandang pd warna kulit.. tidak prnh melihat pd harta pngkat.. tdk prnh mengenal erti prbezaan..

    Sesungguhnya org yg plng baik d cc Allah ialah org yg plg bertaqwa... (Al-Hujurat:13)

    Berkejaranlah kta utk mnjd hamba Nya yg bertaqwa itu..

    (@_@)

    ReplyDelete