Wednesday, June 30, 2010

Tenangkan hatimu~

Post ni hasil nukilan Nur Suhaila bt. Mohd Hanafiah @ Chu i di blognya http://drcorona.blogspot.com/ Sama-sama baca dengan hati, hayati dan ambil pelajaran ye!

Please note that the following verses are valid for all reasons and any occasions. :))


mungkin ramai diantara kita berdebar-debar menanti hari yg ditunggu-tunggu, yg bakal menentukan sama ada kita layak mahupun tidak ke universiti pilihan masing-masing. justeru, mungkin ada diantara kita nanti yg bakal mengalirkan air mata disebabkan hajat yg tidak kesampaian. justeru, marilah kita bersama-sama renungkan persolan-persoalan ini..

kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ' kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.
(Al-Ankabut;2-3)

kenapa aku tidak mendapat apa yg aku idamkan?
boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah;286)

kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah;286)

rasa kecewa?
janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita. padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.
(Al-Imran;139)

bagaimana harus aku menghadapinya?
wahai orang-orang yg beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yg berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu(lebih drpd kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah ( dgn kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Al-Imran;200)
dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd orang-orang yg khusyuk.
(Al-Baqarah;45)

apa yg aku dapat drpd semua ini?
sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin akan jiwa dan harta mereka dgn balasan mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang kpd Allah
(At-Taubah;111)

kepada siapa aku berharap?
cukuplah bagiku Allah, tidak ada tuhan selain Dia; kepada_Nya aku bertawakal dan Dialah yg mempunyai 'Arasy yg besar.
(At-Taubah;129)

5 comments:

  1. salam..
    kak long..trima kasih sgt atas post nie...sgt2 terharu..
    Alhamdulillah..betapa Allah itu sentiasa memberi peringatan demi peringatan tanda kasih dan syang Dia pada kita..
    trima kaih yg banyak2 sgt2 jugak pada penulisnya, cu'ai yg tomei..huhu..(^_^)
    Semoga kita semua diberi kejayaan olehNya dlm keputusan IB nanti..Ameen.. :)

    ReplyDelete
  2. mintak izin utk link kan post nie kat group K.U.A.K kat fb ye ;D

    ReplyDelete
  3. sila2. spread the feel of ease and being at peace to others!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete